Tuesday, October 19, 2010

KECERDASAN

GANGGUAN AWAL DAN PERKEMBANGAN KECERDASAN
Kesan gangguan awal terhadap perkembangan kecerdasan
  • ·         Projek Head Start merupakan salah satu program yang meluas untuk pembiayaan sebahagian besar kanak-kanak di Amerika Syarikat yang berpendapatan rendah.
  • ·         Menurut kajian ke atas gangguan awal yang di laksanakan oleh universiti-universiti atau pengkaji-pengkaji menunjukkan bahawa  pencapaian IQ dan prestasi menurun dalam beberapa tahun sedangkan kebaikan atau manfaat dalam penyesuaian sekolah bertahan. Satu program telah menyumbangkan kebaikan intervensi untuk kanak-kanak prasekolah, tiada kawalan gangguan terhadap penanda kejayaan kedewasaan termasuk pendidikan, pendapatan dan perilaku.
  • ·         Semakin awal gangguan bermula, semakin lama ia akan kekal dan semakin intensif sesuatu program, lebih luas dan kekal manfaatnya. Early Head Start menawarkan perkhidmatan untuk bayi, kanak-kanak dan keluarga mereka dengan memberi kesan yang positif terhadap keibubapaan, perkembangan bahasa dan kognitif dan mengurangkan tingkahlaku. Program gangguan awal sangat efektif berbanding penyediaan perkhidmatan untuk menangani masalah belajar, perilaku jenayah dan pengangguran.  

Wednesday, October 6, 2010

PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

Peringkat perkembangan
  • sensori motor(0-2 tahun): menggunakan pancaindera untuk meneroka persekitaran
  • praoperasi(2-6 tahun): menggunakan simbol untuk mewakili pemahaman sendiri bagi sesuatu objek
  • operasi konkrit(6-12 tahun): kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman-pengalaman spesifik. kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang konkrit sahaja.
  • operasi formal(12 tahun ke ats): kanak-kanak yelah memahami konsep@ aspek-aspek yang abstrak dan logik. kanak-kanak mampu menyusun idea secara sistematik, berfikir secara deduktif dan menjangka akibat.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

maksud:
proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan & keintelektual seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam penyelesaian masalah, memahami, menganalisa & membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang di laluinya.

fungsi kognitif
  1. aspek sosial: persekitaran sosial yang positif akan memberi pengalaman yang positif kepada kanak-kanak
  2. aspek fizikal: kanak-kanak membuat asimilasi dan akomodasi serta keseimbangan untuk menguasai kemahiran fizikal
  3. aspek bahasa bunyi akan mengingat apa sahaja yang di perdengarkan daripada ibubapanya sejak dari kandungan lagi. proses ini berterusan akan menjadikan bayi memperoleh kemahiran berbahasa.

Friday, October 1, 2010

MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR

perkembangan MOTOR HALUS: perkembangan kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan
antara KEPENTINGAN:
  • membina otot-otot tangan dan jari
  • membina koordinasi mata, jari dan tangan
antara FAEDAH:
  • dapat tingkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan
  • gunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek dan menguasai kemahiran yang boleh di gunakan dalam kehidupan seharian.
perkembang MOTOR KASAR: perkembangan kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekeliling. contohnya merangkak, berdiri, berjalan, melompat dan mengensot.
antara KEPENTINGAN:
  • membina otot-otot kaki dan tanga
  • membina koordinasi mata dan tangan serta tangan dan kaki
  • membina otot pada bahagian leher dan kepala
antara FAEDAH:
  • menggunakan motor kasar dengan keyakinan
  • berjalan menaik dan menirun tangga
  • menggunakan otot dengan seimbang

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

  • Merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
  • kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
  • perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.
  • perkembanagan fizikal juga menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu:
  1. baka contohnya: pengaruh genetik, perbezaan fizikal, perbezaan kognitif dan emosi
  2. persekitaran contohnya: keluarga, rakan sebaya, budaya, teknologi, guru dan sekolah, media massa dan masyarakat.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.